Tangkap Layar
Endona mempunyai pengalaman professional yang meluas dengan melebihi 2 dekad hasil projek yang berjaya, disokong oleh peningkatan modal berbayar yang berlipat ganda, selaras dengan perkembangan perniagaan ke pelbagai negara utama. Kami mempunyai reputasi dalam industri, dengan rekod prestasi terbukti dalam menyiapkan projek secara menyeluruh.
Rekod Kejayaan
Kami ialah Endona, nama yang sinonim dengan kejayaan inisiatif pertanian di Malaysia dan rantau ini. Pengalaman kami dalam industri amat luas, didukung oleh kehadiran lebih dua dekad dalam pasaran serta kejayaan menyiapkan lebih 100 projek dengan kadar kejayaan 100%. Kami berasa rendah diri namun bangga dengan pencapaian pendapatan berkanun berjumlah MYR 500 juta, serta pengembangan perniagaan kami ke lebih 15 negara.
15 negara
Termasuk dalam perkembangan perniagaan kami di seluruh dunia.
100 %
Kadar kejayaan penyelesaian untuk lebih daripada 100 projek
Perkembangan Melalui Cabaran
Endona secara rasmi di daftarkan sebagai identiti perniagaan tempatan pada 9 Julai 2001, dengan modal berbayar sebanyak 1 Juta Ringgit Malaysia. Perjalanan perkembangan syarikat dipenuhi pelbagai ujian dan dugaan walaupun berdepan dengan kitaran ekonomi global yang sangat mencabar, syarikat berjaya menyahut sabaran tersebut.
Dengan kepakaran, ketabahan dan sikap tidak mudah berputus asa, syarikat terus berkembang dari tahun ke tahun serta diiktiraf sebagai salah satu pemain utama dalam industri. Kami juga berjaya meningkatkan modal syarikat kepada MYR 5 juta pada 30 Jun 2011.
Endona diilhamkan daripada singkatan “Endless Narrative Diversity of Natural Aspiration”. Sebagai sebuah syarikat pertanian terkemuka, kami disokong oleh Geomatika Group selaku entiti induk kami. Sebagai anak syarikat, kami merupakan sebahagian daripada ekosistem dalaman kumpulan tersebut.
Ekosistem ini merangkumi pelbagai anak syarikat, termasuk Juruukur Mutiara dalam bidang ukur tanah, Geomatika Technology dalam bidang pendidikan, Qamari Consultancy dalam bidang perundingan pemetaan, Borneo Natura dalam bidang penyelidikan bioteknologi dan pengekstrakan gas, serta banyak lagi.
Peningkatan berterusan adalah sangat penting bagi kami. Kami menemui cara baru untuk menyertai pembinaan negara, komuniti sambil kami belajar dan berkembang. Mereka termasuk penemuan dalam meningkatkan pembangunan penyelidikan dan memperluas niche.
Endona juga bekerjasama dengan ahli ekosistem dan pakatan utama dengan pemain terkemuka dalam industri, mencari maklum balas dengan cadangan untuk mencipta inisiatif yang saling menguntungkan yang memajukan komuniti dan negara sambil memperbaiki diri kita sendiri.